BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

Pemergian sahabat sejati

Allahyarham Muhammad Affizan Bin Talib
(1990-2010)


pijan
awal sangat kaw pegi bhai
aku baru nak beep kaw ari ni
tiba2 bdk2 bgtaw kaw da xde lagi
mungkin dah takdir kaw
aku nak buat cmne


pijan
kita dah kawan lama dah
sejak dari kecik lagi
susah senang kita same2
rapat giler aku ngan kaw

pijan
kaw ingat tak lagi mase kite sekolah
tiap2 petang kite gi training bola
mase tu kita xde motor lagi kan?
naek bas,tumpang coach
janji dapat sepak bola kan?

pijan
ak ingat lagi mase kite tahan bas
bas celaka tu tak behenti
malam baru kita smpai rumah
tu pun pengetua antar kan
kelakar kan?

pijan
kaw ingat tak time kite keluar
gelak gelak makan makan
sembang sembang pasal bola
tengok bola kat mapley

pijan
aku ingat lagi kaw msg aku thun 2008
kaw kate kaw da mninggal
tp kaw bluff aku kan?
siyes wakenabeb!


tapi...

arini..

30 Januari 2010

kaw telah pergi selamanya
tuhan lebih sayngkan kaw
dah sampai ajal kaw

kawan..
kau memang kawn yang baik
paling rapat ngn aku
susah senang kita kongsi sama2
makan,hang out,motor
sikit pn kau tak kisah


pijan..

aku doakan agar roh kau bersemadi dengan aman
moga kau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman

AL FATIHAH





Friday, January 29, 2010

Persepsi Kau dan Aku

Aku cuba melihat ideologi yang ditanamkan dalam kursus BTN ini dalam persepsi yang berlainan..

aku suka ambil positif daripada terus memikirkan negatif saja..

Hakikatnya, Melayu sendiri perlu bersatu padu di saat kaum ini sedang kucar-kacir..pedulikan kaum lain..jang dok sibuk nak gayang kaum Cina, India..macam mana orang nak bagi mandat, diri sendiri pun tak betul..lagi mau berlagak macam kau TUAN…bagi kaum lain pula, Melayu pula bersatu bukan untuk halau kau orang semua dari Malaysia ini, hanya perlu menunjukkan komitmen yang padu dalam mempertahankan negara berdepan dengan pelbagai cabaran mendatang..

Apa kata kepada semua, tak kira Melayu, Cina dan India yang cerdik pandai…cuba sesekali kau kaji balik macam mana PIAGAM MADINAH yang diperkenalkan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad SAW boleh terbentuk..sekaligus berjaya dilaksanakan dengan jayanya…

Tapi..

apabila berdepan dengan pemikiran sempit, yang kononnya lebih berpengalaman, pasti ada yang menempelak aku..

biarkan..

terpulang..


Sunday, January 17, 2010

Mengidam


Adidas Porsche Design


Adidas Vespa Sprint Veloce Black

Adidas Vespa Sprint Veloce Perf


dah lama aku mengidam nak sarung Porsche or Vespa design
memang aku minat giler

target tahun ni nak sambar lah
makin lama makin tak tahan dah
haha

p/s: ada sapa sapa nak sponsor?
heeeee :P

Saturday, January 9, 2010

tolonglah orang MELAYU!




kenapa aku tidak berkata orang Islam di Malaysia yang telah berpecah-belah, sebaliknya Melayu yang berpecah-belah?

kerana Melayu itu merupakan bangsa yang beragama Islam.

Melayu dan Islam bagaikan kulit dan daging. secara amnya, bila Melayu su
dah berpecah belah,
maka bermakna orang Islam di Malaysia telah berpecah-belah.

sekarang, isu yang amat sensitif.
Penggunaan kalimah "ALLAH" oleh orang bukan islam.

so, melayu, kau nak terus melopong?
kau nak terus berpecah?
kau nak terus bertelagah?
kalau betullah kau nak maknanya kau bukan Islam.

Tuhan kita yang maha esa.
satu.
tunggal.
tidak beranak atau diperanakkan.
tuhan orang Islam.
hey melayu.
kau nak kongsi2 ke tuhan kau?

Masa ni lah kita perlu bersatu.
Lupakan perbezaan politik.
Lupakan permusuhan sesama Islam.
Lupakan kondem mengondem antar satu sama lain.
Lupakan Toyota Camry.
Lupakan Sidang DUN Bawah Pokok.
Lupakan Royalti Minyak.

kalau kau rasa semua boleh di kongsi.
aku tak tahu.
kau nak anak cucu kau ada dua agama?
melayu+islam
melayu+kristian
nak?

aku tak nak.
kau nak ke lg 2o tahun ada orang cakap cmni;
"They say that Allah is great, well, we have Allah too!"
mintak jauh la wei.

protes.
bakar gereja pulak.
lepas tu masjid kena bakar.
lepas tu gaduh.
siapa yang senyum?
barat!

mana harapan baru Malaysia?
aku tak nampak pun.
sembang bukan main kuat.
sendiri pun tak betul.

ada pulak yang tak kisah.
melayu melayu.
kau tak boleh pikir ke kalau satu hari nanti
ada Bible dalam bahasa melayu.
lagi senang melayu jadi murtad.
walaupun memang dah ramai sekarang.
Masya-ALLAH!

mana orang yang perjuangkan Islam selama ni?
tak habis2 berceramah lagi ke?
kalau betul2 sayangkan agama kita.
perjuangkan lah Islam.
bukan asyik caci maki org.
kalau protes nak menjatuhkan orang
bukan main lagi kau suka.

lagipun melayu sekarang makin hebat.
nak tengok?


kalau dah berbaju melayu.
melayu lah kan.
beli nombor.
ada dia malu?
xda bhai.
hebat!


nak pelik?
nak melopong?
melayu skrang dah hebat.
apa kau nak lopong.

aku bukan apa.
aku takut.
takut kepada masa hadapan nanti.
akidah generasi akan datang.

sekarang pun aku takut.
malam merdeka,tahun baru.
bangsa apa yang merempit?
bangladesh?
melayu
malam merdeka,tahun baru.
bangsa apa yang banyak kena tangkap khalwat?
mongolia?
melayu lg.
sembilan bulan lepas tu?
buang bayi,campak sana sini.
bangsa apa ek?
eh,melayu lg laa.

malas nk cakap banyak.
jika rapuh iman di dada, tidak mustahil ada yang akan terpedaya..

melihat sendiri sosiobudaya anak-anak Melayu dewasa ini yang terikut-ikut dengan cara hidup barat, yang terpengaruh dengan pemikiran cara barat..
melihatkan generasi kini yang begitu mudah dipengaruhi,

aku khuatir, aku resah. aku khuatir jika di masa hadapan orang Melayu akan berpecah pula kepada dua golongan.. iaitu Melayu Islam dan Melayu Kristian..

Ya Allah, minta dijauhkan.


nota: Tuhan mungkin banyak versi, tapi ALLAH CUMA SATU!
BANGUN BERSATU MELAYU!

Sunday, January 3, 2010

das das tembakan




lepak
shoot
edit edit
upload upload upload
senyum
hehe
:P

Friday, January 1, 2010

sweet-love-honey



semalam sampai je aku kat melaka

terus gi amek kete

kete dah siap

nasib baek awal,aritu kate 2010 baru siap

pastu terus g amek sidia baru balek keje

setelah antar beliau balek ke rumah

siidia telah bersiap n "Let's go hunny"..

kami berdua having lunch n then gi date,hehe

our target nak tgok Alvin n the Chipmunks 2

yang laen sume dah tengok

walaupun cerita ni dah lama release

hehe,ni je yang tak tengok lagi

seperti biasa kami beratur untuk membeli tiket

sebagai mana di lakukan oleh orang normal yang laen (hehe)

but something really funny happen kat kaunter ticket tue;



crew: Selamat datang encik,nak tengok cerita apa?

me: ermm, Alvin and the Chipmunks 2

crew: Untuk dua org ye?

me: (dalam ati) Isyy bdak ni,xkan la ak nk payong sume org beratur blakang aku ni,msti la due org jek!
(spoke) ahah ye.

crew: Alvin pukul 4.15, sume skali doploh nam ingget.

me: eh?pehal mahal naw lak arini??

crew: errr, maap ye sume skali doploh due ingget.

me: (dalam ati) celake betol, kalau org tua2 kaw wat cmni kelepet duet org msti senang kan?

seperti biase slepas mmberi tunai tiket diberi tapi..

crew: err, encik tiket encik trsangkot la, saya dah print tp tak keluar

me: abis2 kaw nk suruh aku repair printer tu ke kaw nk suruh aku jolok tiket tu kasik keluar?
(ahaha,aku tak cakap yg ni)

crew: sekejap ye, saye pggil bos saye.

bos datang

bos: ade ape problem?

crew: ni ha, tiket dah print tp x keluar la bos.

bos: tak pe,takpe, u ambil itu tiket you kasi tulis sama dia (bos dia india)

aku ngn sidia terkebilkebil tgok keprofesionallan mereka
shit! ade ke tiket wayang leh tulis2 lak?
lau wayang pacak kat balai raya masa zaman dulu boleh la

crew: haa, nah encik tiket encik

me: eh,laku ke ni?

bos: boley inche boley(sambil menggolekkan kepala beliau)

crew: time kasey

me: sesame

korang nk tgok tiket nye? haa,nahh




haha, kelakar pun ade nak marah pun ade

xpela, janji valid tak nyusahkan aku

pas movie kami ke Pulau Melaka

saje je amek angin laut petang2

best gak kat sini tenang je

ramai gak org memancing

tp air cam dah nak surut



Masjid Selat Melaka
pakai 5800 je nie


she's too happy ait?


she's my new model,hehe


me too,hehe

sebelum hantar sidia pulang
this is the snapshot of the day


i hope we'll be more happy
i just wanna be with you
i can't far apart with you
i do not want to lose you

you're my heart
ilysm bby!