BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

Hujan dan Bapa Anda


Sekarang musim hujan, bukan?
Dah berminggu hujan turun hampir setiap hari.
Pagi, tengahari, petang atau malam.
Maka lebih ramai lah penunggang motor yang tersangkut di bawah jambatan.
Berteduh untuk mengelak dari kebasahan.

Setiap hari aku memandu.
Jika aku memandu dalam hujan, maka mata aku tidak akan terlepas pada segerombolan
pengguna jalanraya yang terhenti perjalanan mereka dan berusaha keras untuk
memastikan pakaian dan badan mereka kering.

Mereka ini kental.

Aku juga pernah menjadi penunggang motorsikal dahulu
dan aku tahu serta faham perit dan payahnya menjadi penunggang motorsikal.
Terutamanya bila hujan turun.
Tidak ada perkara lain yang mampu di buat kecuali bersabar.
Hujan itu bukan kuasa manusia.

Badan serta pakaian yang basah lencun, sungguh merimaskan.
Berlengas dan sungguh tidak selesa.

Kau akan faham jika kau menunggang motorsikal,
basikal atau berjalan kaki di dalam waktu hujan.

Sebab itu simpati timbul.
Ini tidak termasuk pada motorsikal berkuasa besar yang dibeli atas sebab terlebih mampu.
Itu kes lain.
Ini golongan yang bermotorsikal kerana itu sajalah yang termampu untuk mengangkut seluruh keluarga.
Sudahlah mereka ini lebih terdedah pada celaka.

Jadi pemandu kenderaan berbumbung, janganlah bongkak,
berlagak atau riak di jalanraya.
Jika tersempak dengan penunggang motorsikal pastikan kau tidak menghempas
tayar kenderaan kau ke dalam lopak air.

Satu hari aku melihat seorang pakcik tua bermotorsikal yang basah lencun.
Kemudian datang satu kereta mewah BMW dengan membongkak laju,
menyimbah air lopak yang keruh kotor tepat kepada muka dan seluruh badannya.
Kurang ajar.

Kau patut lihat wajah pakcik tua selepas disimbah air lopak kotor itu.

Kemudian bayangkan itu bapak kau.

:)
senyumm la skett.

Tuesday, September 7, 2010

Ucapan Rasmi Hari Raya


To all my friends & blog readers...

Selamat Hari Raya to everyone.

I would also like to take this opportunity to apologize if

I hurt any of you with my words or action intentionally or unintentionally.

I'm only human and I make mistakes (lots of them).

For those who have hurt, gossip, criticize, curse etc me,
behind and in front of my face for the fun of it or by accident...

Guess what?

I forgive you :)

Life is too short to hold grudges kan?

Have a good holiday everyone.

May you have a safe journey balik kampung...

Drive safe.. Celebrate in moderation and jangan happy sangat sampai lupa diri ok.

Oh and PLEASE stay off the mercun.

Missing fingers and bloody face is not "cool"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
from chapet

Sunday, September 5, 2010

Melayu Berlapis


Aku fikirkan orang Melayu tak suka berdepan, pasal 500 tahun, di bawah kaki penjajah, dan juga sebab pemalas.

Bersilat pun pandang tempat lain. Bercakap pun, berkias sendiri pening.

Kias orang lama kadang kadang best, aku faham kenapa dia buat begitu.
Sekurang-kurangnya untuk cerita itu.


Kalau dicakap lepas rasa di hati, sesetengah benda dalam cerita ini bakal membangkitkan amarah dan menitiskan darah.

Lenggoknya, seninya, untuk mengatakan benda yang tak boleh dikata.
Dan kalau faham pun, takkan orang luar menilik maksudnya.


Kebebasan bersuara.
Tapi, kalau kebebasan itu hendak dibayar dengan darah anak-anak muda, aku pun goyah, tak sanggup melihat ke mata ibu bapa mereka.


Biarlah kiasan berakhir di sini.

SELAMAT HARI RAYA :)