BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 30, 2010

goodbye twenty ten!

2010

semakin menghampiri penghujungnya

tahun yang banyak cabaran dan dugaan

tahun yang banyak mengubah hidup aku

tahun yang banyak mengajar erti kehidupan

chewahh


tahun ini juga aku kehilangan rakan karib dari kecil

ALLAHYARHAM AFFIZAN

tahun ni jugak aku hilang lappy aku

tahun ni jugak hampir aku redha dengan kami

tapi

pahit pahit pun ada manis jugak

adil kan?

alhamdulillah

tapi tahun baru saya masih tiada azam.

masuk tahun ni umur dah 21.
tak tahu berapa tahun atau hari yang tinggal.

mulut jahat saya ni pun , sampai masa nanti perlu berhenti mengata.

saya tak pasti , tapi mungkin ramai yang terasa.


sekarang mari kita cuba bahagiakan seramai manusia yang kita mampu.

saya tak ingat bila, tapi saya pernah dengar tentang teori senyum.

smile and the world will smile back at you.

teori ini adalah seperti teori MLM yang tiada bermodalkan apa-apa.

cuba senyum pada seorang stranger jika terserempak tepi jalan,

pasti dia senyum .

jadi di situ sudah ada dua senyum,

dan bila semua orang lakukan perkara yang sama,

pasti semua orang akan senyum.

bayangkan 4juta manusia senyum, lagi 4juta akan senyum balik.

dan bila 20juta senyum, 20juta lagi akan senyum balik

macam lagu malique "Senyum" hehe


jadi keluar dari rumah nanti, senyum.

buatkan senyum adalah setting default muka bila

bertembung dengan sesiapa.

ini adalah lebih baik dari derma ikhlas cek besar
untuk masuk dalam TV dan suratkhabar.

kan?


tahun ni jugak ajar saya kuat hadapi orang.

sebab saya percaya buat baik dibalas baik.

kalau orang buat jahat tak mintak la kena jahat kat die balik huhu.

tak baik.

tapi biar la orang sedar sendiri ape die buat kat orang lain

jangan rasa diri kat atas sangat.

okeh.

just read this articles

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.
Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatimu....

love the words, simple kan?

tu je la suka duka 2010.

harap apa yang gembira boleh dikekalkan yang sedih boleh buang jauh jauh

thank you everyone for supporting me all through this year.

hope hope hope 2011 will be difference,

full of excitement maybe.

aminn.

Thursday, December 23, 2010

the backpackers

update.
yes, this is an update.
why?
because this is an update.
HAHA


vacation.
dari sabah sampai ke perlis.
inilah hasil hasil bersetubuhan
antara saya dan kamera DSLR saya
yang tidak henti henti
memberikan respon yang baik kepada saya
terima kasih
miss Nikon
<3>



rm5 je-pasar sinsuran




sunset

boat

layaran

yang perlis nanti aku update.
haha



Friday, December 3, 2010

the Oakley addiction

Oakley Jupiter Polished Black and Rootbeer
(coming soon) haha!

Oakley Jupiter Nicky Hayden MotoGp
(coming soon jugakk) hahaha


Oakley Jupiter MotoGp
(dah rembat dah,haha)

Oakley Frogskin Polished Black
(pun dah jugak,haha)

Oakley Jupiter Fire Iridium
(my first n favourite Oakley! haha)



yeah!
my new addiction
Oakley Jupiter


tak tahu kenapa
gila dengan makhluk ni
haha

3 sudah
lagi 3 lagi lah
sebelum beralih ke...



Oakley Holbrook pulak!
haha!


Tuesday, November 23, 2010

why do i shoot?


why do i shoot.

it's because i like you
because you have great smile.
because of your expression
because you look good with tears.
because i want to document everything.

perhaps i don't shoot with fancy angles
nor superb gadgets
nor super models,
nor weird outfits made out from toilet papers,
nor naked models with killer boobs,

i won't ask you to pose

i just want you to do what you do best.

i want to document.

so that tomorrow i can sit
and learn about yesterday.
:)

Tuesday, November 9, 2010

Mati, pengakhiran hidup




Yang pasti, akan berlaku adalah aku akan mati.

Semua akan mati.

Mati dengan kata lain adalah aku berpindah alam.

Dahulu alam yang aku tinggal adalah di alam roh.

Kemudian setelah sampai masa berpindah ke alam rahim ibu.

Kemudian selepas sampai masa berpindah ke alam dunia.

Kemudian selepas sampai masa berpindah pula ke alam kubur.

Kemudian selepas sampai masa berpindah pula ke alam akhirat.

Dan terakhir sekali berpindah pula sama ada ke alam syurga atau ke alam neraka.


Berpindah ke alam kubur adalah satu alam untuk menerima balasan
dari hasil usaha aku semasa tinggal di alam dunia.

Kalau di alam dunia aku taat dengan suruhan Allah swt maka
di alam kubur ini aku akan menerima balasan nikmat.

Kalau semasa di alam dunia dulu, jika aku banyak melawan
dan derhaka
dengan suruhan Allah swt maka di alam kubur ini aku akan kena seksa.

Ya Allah

Ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami.
Selamatkanlah kami dari seksa dan fitnah kubur. AMIN.

Saya tahu masa akan sentiasa berkurangan.

Tidak akan bertambah.

Maknanya, apabila masa semakin berkurangan maka peluang untuk mendapat dan mengumpulkan pahala semakin berkurangan.

Ya Allah.

Berikanlah kepada saya, ibubapa saya,
dan seluruh keturunan saya kekuatan rohani dan kekuatan jasmani
untuk mengerjakan amal soleh seperti yang Engkau kehendaki.

Kurniakanlah kepada kami, hati yang takut kepada terlepasnya peluang
semasa masa masih ada.

AMIN


p/s; ini mungkin kubur mat rempit, kubur anda?
:)

Tuesday, October 12, 2010

Laughing

My, oh my.

Oh well.

That's all I'm going to say.

And all I can do, to stifle a chuckle.


simple but heaven







life should be simple, should be random and not sorted perfectly.
so that it would be intriguing and exciting.
nothing similar to routine.


there's nothing such as "fail to plan is planning to fail".
work, can be planned.

but life,

should be full of mystery and surprises.
do not get mixed up with theories and calculation.

and not to watch too much tv.
because tv corrupt minds and sometimes give you a ridiculous idea.

women, are more than long legs, pretty face, skinny thigh .
and men are more than six pack and 10 inches.

we don't need procedures or manual books.
we operate on impulse and senses.
as easy as sipping a cup of tea.


thank you
regards
chapet


p/s; aku kena banyak keluar explore, tak cukup bahan

Thursday, September 30, 2010

Hujan dan Bapa Anda


Sekarang musim hujan, bukan?
Dah berminggu hujan turun hampir setiap hari.
Pagi, tengahari, petang atau malam.
Maka lebih ramai lah penunggang motor yang tersangkut di bawah jambatan.
Berteduh untuk mengelak dari kebasahan.

Setiap hari aku memandu.
Jika aku memandu dalam hujan, maka mata aku tidak akan terlepas pada segerombolan
pengguna jalanraya yang terhenti perjalanan mereka dan berusaha keras untuk
memastikan pakaian dan badan mereka kering.

Mereka ini kental.

Aku juga pernah menjadi penunggang motorsikal dahulu
dan aku tahu serta faham perit dan payahnya menjadi penunggang motorsikal.
Terutamanya bila hujan turun.
Tidak ada perkara lain yang mampu di buat kecuali bersabar.
Hujan itu bukan kuasa manusia.

Badan serta pakaian yang basah lencun, sungguh merimaskan.
Berlengas dan sungguh tidak selesa.

Kau akan faham jika kau menunggang motorsikal,
basikal atau berjalan kaki di dalam waktu hujan.

Sebab itu simpati timbul.
Ini tidak termasuk pada motorsikal berkuasa besar yang dibeli atas sebab terlebih mampu.
Itu kes lain.
Ini golongan yang bermotorsikal kerana itu sajalah yang termampu untuk mengangkut seluruh keluarga.
Sudahlah mereka ini lebih terdedah pada celaka.

Jadi pemandu kenderaan berbumbung, janganlah bongkak,
berlagak atau riak di jalanraya.
Jika tersempak dengan penunggang motorsikal pastikan kau tidak menghempas
tayar kenderaan kau ke dalam lopak air.

Satu hari aku melihat seorang pakcik tua bermotorsikal yang basah lencun.
Kemudian datang satu kereta mewah BMW dengan membongkak laju,
menyimbah air lopak yang keruh kotor tepat kepada muka dan seluruh badannya.
Kurang ajar.

Kau patut lihat wajah pakcik tua selepas disimbah air lopak kotor itu.

Kemudian bayangkan itu bapak kau.

:)
senyumm la skett.

Tuesday, September 7, 2010

Ucapan Rasmi Hari Raya


To all my friends & blog readers...

Selamat Hari Raya to everyone.

I would also like to take this opportunity to apologize if

I hurt any of you with my words or action intentionally or unintentionally.

I'm only human and I make mistakes (lots of them).

For those who have hurt, gossip, criticize, curse etc me,
behind and in front of my face for the fun of it or by accident...

Guess what?

I forgive you :)

Life is too short to hold grudges kan?

Have a good holiday everyone.

May you have a safe journey balik kampung...

Drive safe.. Celebrate in moderation and jangan happy sangat sampai lupa diri ok.

Oh and PLEASE stay off the mercun.

Missing fingers and bloody face is not "cool"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
from chapet

Sunday, September 5, 2010

Melayu Berlapis


Aku fikirkan orang Melayu tak suka berdepan, pasal 500 tahun, di bawah kaki penjajah, dan juga sebab pemalas.

Bersilat pun pandang tempat lain. Bercakap pun, berkias sendiri pening.

Kias orang lama kadang kadang best, aku faham kenapa dia buat begitu.
Sekurang-kurangnya untuk cerita itu.


Kalau dicakap lepas rasa di hati, sesetengah benda dalam cerita ini bakal membangkitkan amarah dan menitiskan darah.

Lenggoknya, seninya, untuk mengatakan benda yang tak boleh dikata.
Dan kalau faham pun, takkan orang luar menilik maksudnya.


Kebebasan bersuara.
Tapi, kalau kebebasan itu hendak dibayar dengan darah anak-anak muda, aku pun goyah, tak sanggup melihat ke mata ibu bapa mereka.


Biarlah kiasan berakhir di sini.

SELAMAT HARI RAYA :)

Sunday, August 22, 2010

you studied abroad. so?


haha, saja propa title entry kali ni.
yeah yeah.
ok.

" saya tak faham knape sesetgh org bangga sbb pernah belajar@tinggal di US or so whatever.
x rasa mcm loser ke? "

jadi, to make things clear, as freakin clear,
baik I ulas lebih di sini supaya tiada lagi jiwa yang terkorban.
..

QUESTION
Why should you feel offended dengan statement i ni kalau you sekadar study abroad ?
I tak cakap you loser or pathetic sebab you studied abroad. please be clear.

You loser if :
you pernah belajar di luar negara atau melancong then
bila balik sibuk cerita how good these countries are,
maki hamun negara sendiri, dan keluar ayat-ayat macam:


a) "malaysian ni bodoh ini bodoh itu jahat ini jahat itu,
and masa I kat US dulu,Americans are baik ini
baik itu hensem ini hensem itu ,
dan you guys patut bersyukur sebab dapat girlfriend dan bla bla bla"


b) "malaysia is sooo boring, i wish i could go back to UK and stay there forever"

c) "haih, rindu nya kat US, malaysia is so eww"

its not me to judge. yes, tapi i have my opinion. kan?sorry
its not like im being a good citizen yang bangga dengan negara sendiri,
tapi at least, don't brag about something which is not yours.

sebusuk-busuk ketiak pun, still ketiak kita.
bukan ketiak madonna ataupun brad pitt.
kita takkan bangga dengan bau wangi ketiak orang lain kan?

the concept is the same.

tak menarik kan macam tu?

macam stinky dan busuk.
macam bau basi.
macam rasa masam dan tak sedap.
macam ewww.

hahahahahaha
suka hati aku lah nak cakap apa pon

Saturday, August 21, 2010

what do you wish for if you know that you will die tomorrow

kalau esok saya mati, tak dapat saya hantar ibu ayah pergi umrah/haji.
mungkin dengan duit insuran boleh la.
saya tak sempat kahwin.
saya tak sempat nak tengok kawan-kawan baik saya kahwin.
if i die tomorrow.
saya harap ramai akan datang majlis pengebumian saya.
saya berdoa agar saya sempat dan diterima taubat saya,
saya harap kawan saya sanggup tinggalkan kerja untuk solatkan jenazah saya.
saya harap orang akan sayang saya dan maafkan silap saya.
saya mohon sangat hutang saya dihalalkan.
saya harap dapat jumpa orang yang saya sayang
sebelum saya pergi.

SAYA.

Tuesday, August 10, 2010

Ya Ramadhan


MARHABAN YA RAMADHAN.

ramadhan tiba lagi.
kejap je rasenye.
rasenye baru lagi puasa.
da smpai lg ramadhan.

ALHAMDULILLAH.
bulan yang penuh menguji iman.

bulan yang penuh menguji mental.

bulan yang penuh dengan dugaan.
bulan yang paling diberkati tuhan.


nampak pakcik ni?
agak2 korang die senyum cmtu die rase die akn femes ke?

sebenarnya xpun.mengharapkan simpati orang utk berbuka.
korang rasa x diri korang beruntung?
xpayah nk menageh simpati org.
masyallah.
kesian.
bantu.



ni lagi satu hal.
haha.
peh,time lapar kan?kan?
puase kan?kan?

yeh,beli segala-galanya.
lau ade betis biawak jual pun msti bli.
jnji nmpak sedap,hahaha.

tu sume biasalah.
bulan puasa lah katakan.
dah telan segala-galanya
time berbuka nanti.

nak bangon pn xlarat kot.
da mcm unta kembong kekenyangan.

last sekali aku nk wish kt korang.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

DAN JANGAN PONTENG PUASA

from: chapet :)

(last year repost)

Sunday, August 8, 2010

need a massage

letih

kopak

confuse

*relax


tiap tiap weekend kena drive 250-300km

aku nak rehat

weekend untuk rehat

okay.

kerja.

aku risau.

project.

meeting.

interview.

ohh.


xpe,aku try.

kayuh pelan pelan

dayung selow selow

hehe.


heart.


i want you.

i need you.

me?

empty.

seeya!


Friday, August 6, 2010

aku tahu kau orang "ada ada"


saya
ye, saya seorang lelaki biasa,
dari keluarga biasa,
x berada, just nice.

nak cakap besar pon, aku rasa x layak.
xpernah layak. sebab aku x terfikir ayat-ayat macam ni :

"aku dulu pakai BMW m3, lepas tu aku jual je, sebab x best"

"makcik aku owner hard rock cafe"

"aku dengan bos kau kawan baik , kitorang main golf sama, dia tu aku sekeh-sekeh je"

"kampung gila kau"

"taknak aku duduk rumah macam kau,selekeh, miskinlah, eeyueww"



.tapi selalu aku dengar ayat-ayat macam ni.
sekali memang kagum. tapi bila ayat sama jaja hari-hari,
boleh mual.

ye aku faham,
keluarga kau besar. bapak kau something,
kakak kau kawin dengan adik sultan (wow)

aku faham.
aku bukan budak umur 3 tahun yang kena pesan banyak kali
untuk kencing dalam tandas...

hmm. tapi itulah.

manusia.

kalau aku,
aku susah nak pakai orang dalam untuk capai sesuatu.
biar aku kat bawah tapi usaha sendiri.

kita ada tangan , kita boleh suap nasi sendiri,
kita ada kaki, kita boleh lompat sendiri,

kalau semua datang percuma,
apa guna usaha?

akhir kata, aku tak suka orang guna kabel,
sedara mara untuk capai sesuatu.

takde pride sungguh.
lagi-lagi orang yang belagak dengan, kerabat
pakcik makcik, bonda, ayah, abang abang

okay.
kau menang lagi.

:)
big plastic smile for you
yeay!


p/s: second half 2010 ni pnya weekend paling busy. i need a vacation.

Friday, July 30, 2010

modern reality


dalam kesibukan bandaraya kuala lumpur yang sesak dengan manusia. sibuk. hmm. realiti sekarang. sakit mata nak pandang.

dari kanak² dah mula tanam azam. besar nanti aku nak jadi mat rempit.

kecil je. tinggi paras pinggang aku,

dah berkepit dengan rempit wannabe,

berseluar jeans ketat, cermin mata besar,

rambut bewarna dengan ekor yang menjengkelkan,

huh, aku besar² tu nak lepak² pon x brani. gila lah.

x cukup dengan tu. sedang jalan sekitar bukit bintang, bandaraya maju stylo indah dengan bangunan hipokrasi.

pengemis terbaring lemah, mengensot,
heret badan dengan berbekal tin untuk menagih simpati dan malu.

tak faham. ini bukan kemahuan mereka ni. macam mana boleh si kudung mengheret diri kekiri kanan dan malam menjelang ,

semua hilang. it's obvious, yang ini kerja manusia lain. jadikan si cacat ni hamba, kuli macai, pekerja . sedihnya lihat. kalau sekadar lihat pasti x rasa. tapi cube renung. fikir sekejap pon jadilah.

ape rasanya bile di aniaya macam tu skali.

malu.

malu sangat. mereka nak jugak hidup macam manusia.

ada anak keluarga cucu cicit. ade maruah juga. kenapa kita manusia tergamak.

jadi?
hal ini lebih penting. lebih penting dari sebuah keluarga.

lebih penting dari segala masalah negara. benda ni, kalau tak di bendung,

sampai bila pon pasti terus . pasti makin ramai.

mungkin satu hari, kita boleh jumpa kawan² kita yang terheret sana sini meminta simpati. mmm. manusia kejam. semua musnah.

bagi ape pon musnah. malu aku sebagai manusia.

sedih Adam sebagai bapa.

peri mampus kau manusia.

smiling :)


kalau orang tanya apa last request saya sebelum saya pergi, saya hanya ada satu.

tiada yang lebih menarik dari hari pengebumian yang dihadiri kawan-kawan yang disayangi, sanak saudara yang dikasihi dan kekasih hati comel yang dicintai.

mulut jahat saya ni pun , sampai masa nanti perlu berhenti mengata. saya tak pasti , tapi mungkin ramai yang terasa.

sekarang mari kita cuba bahagiakan seramai manusia yang kita mampu.
saya tak ingat bila, tapi saya pernah dengar tentang teori senyum.

smile and the world will smile back at you.
teori ini adalah seperti teori MLM yang tiada bermodalkan apa-apa.


cuba senyum pada seorang stranger jika terserempak tepi jalan, pasti dia senyum .
jadi di situ sudah ada dua senyum, dan bila semua orang lakukan perkara yang sama, pasti semua orang akan senyum.bayangkan 4juta manusia senyum, lagi 4juta akan senyum balik. dan bila 20juta senyum, 20juta lagi akan senyum balik. dan semakin bertambah, tambah , dan tambah.

jadi keluar dari rumah nanti, senyum. buatkan senyum adalah setting default muka bila
bertembung dengan sesiapa.

ini adalah lebih baik dari derma ikhlas cek besar untuk masuk dalam TV dan suratkhabar.
KAN?