BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 30, 2011

semua kau punya je

Aku kadang-kadang kesian, tengok orang yang struggle,
menggapai dan menggenggam erat,
berebut-rebut, ketar kepala,
apa yang dia fikir menjadi haknya.

Diorang tak faham,
yang apabila kau mengenengahkan tenaga
atau perasaan kedekut dan terdesak, hasilnya takkan seberapa.

Mula-mula, aku pun tak paham benda ni, tapi lama-lama,
aku fikir yang kalau kau jenis yang tamak,
atau berkelakuan tamak, apa yang jadi adalah tamak
itu sendiri menguasai dan mendominasi keadaan kau.
Lepas tu, kerja kau jadi macam haram.

Orang tamak selalu rugi?
Ya, aku percaya pepatah tu.

Kalau kau buat apa-apa dengan hati yang lapang dan terbuka,
aku rasa pintu rezeki kau takkan pernah sempit.
Pasal membuat kerja dengan ikhlas dan tenang menjadikan kerja kau lagi bagus.

Tapi, perlu diingat, jangan sampai mudah dipergunakan orang lain.
Akan adalah manusia sampah-sarap dan manusia tamak
dan terdesak yang akan cuba mempergunakan kau.

Aku biasanya, layan je,
sebab aku taknak kedekut masa aku.
Tapi, kalau kau nak suruh aku beriya-iya,
demi sampah-sarap, aku takkan buat.

Simple je.
Aku buat kerja dengan orang yang jujur dan terus-terang.
Kalau jenis yang konar kanan tak lepas, konar kiri pun sangkut,
cakap belit-belit, dan mengagungkan penipuan
sebagai tanda kebijaksanaan dia yang tak seberapa, sori la beb.

Aku tak fikir kalau kau berjaya menipu tu,
tanda kau pandai. Bagi aku, menipu tu bodoh.
Pasal Kebenaran akan keluar jua, akhirnya,
dan bila kantoi menipu, sapa bodoh?
Parents kau jugak, pasal tak tanam kau masa lahir dulu.

Aku malas nak peduli la, benda-benda macam ni.
Aku buat kerja aku, sudah.
bye.
jangan nak terasa sangat ye.
cer senyum sikit camni :)

Tuesday, April 26, 2011

pencungkil gigi di mata

bertahan
ok.
sikit lg nk tutup
eh eh
bukak balik

dup dap dup dap
bertahan chapet
sikit lg
ok go!

cubaan bertahan dari tidur

peminat nombor satu diri sendiri

mungkin,
u have a big mirror in your room,
dan setiap kali sebelum keluar rumah,
dan bangun pagi ..
kau berdiri depan cermin
rasa bagus tentang diri sendiri,
maybe u cium dan jilat imej kau sendiri depan cermin
kerana terlalu mengagumi diri sendiri.

for example,
an excellent business man,
suka membantu orang tua,
rajin menolong orang lemah,
terutamanya kanak-kanak.
dan setiap nya dilakukan dengan keikhlasan level
yang puncak sekali.
paling ikhlas di dalam dunia.

kau tau macam mana aku tau semua ni?
pasal semua kebaikan dan kehebatan kau ni?
tak pe,
takpayah pening-pening.
kau sendiri yang cerita kat semua orang.

haha.

kelakar kan.

rasa kelakar.