BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, December 23, 2010

the backpackers

update.
yes, this is an update.
why?
because this is an update.
HAHA


vacation.
dari sabah sampai ke perlis.
inilah hasil hasil bersetubuhan
antara saya dan kamera DSLR saya
yang tidak henti henti
memberikan respon yang baik kepada saya
terima kasih
miss Nikon
<3>



rm5 je-pasar sinsuran




sunset

boat

layaran

yang perlis nanti aku update.
haha



Friday, December 3, 2010

the Oakley addiction

Oakley Jupiter Polished Black and Rootbeer
(coming soon) haha!

Oakley Jupiter Nicky Hayden MotoGp
(coming soon jugakk) hahaha


Oakley Jupiter MotoGp
(dah rembat dah,haha)

Oakley Frogskin Polished Black
(pun dah jugak,haha)

Oakley Jupiter Fire Iridium
(my first n favourite Oakley! haha)



yeah!
my new addiction
Oakley Jupiter


tak tahu kenapa
gila dengan makhluk ni
haha

3 sudah
lagi 3 lagi lah
sebelum beralih ke...



Oakley Holbrook pulak!
haha!


Tuesday, November 23, 2010

why do i shoot?


why do i shoot.

it's because i like you
because you have great smile.
because of your expression
because you look good with tears.
because i want to document everything.

perhaps i don't shoot with fancy angles
nor superb gadgets
nor super models,
nor weird outfits made out from toilet papers,
nor naked models with killer boobs,

i won't ask you to pose

i just want you to do what you do best.

i want to document.

so that tomorrow i can sit
and learn about yesterday.
:)

Tuesday, November 9, 2010

Mati, pengakhiran hidup




Yang pasti, akan berlaku adalah aku akan mati.

Semua akan mati.

Mati dengan kata lain adalah aku berpindah alam.

Dahulu alam yang aku tinggal adalah di alam roh.

Kemudian setelah sampai masa berpindah ke alam rahim ibu.

Kemudian selepas sampai masa berpindah ke alam dunia.

Kemudian selepas sampai masa berpindah pula ke alam kubur.

Kemudian selepas sampai masa berpindah pula ke alam akhirat.

Dan terakhir sekali berpindah pula sama ada ke alam syurga atau ke alam neraka.


Berpindah ke alam kubur adalah satu alam untuk menerima balasan
dari hasil usaha aku semasa tinggal di alam dunia.

Kalau di alam dunia aku taat dengan suruhan Allah swt maka
di alam kubur ini aku akan menerima balasan nikmat.

Kalau semasa di alam dunia dulu, jika aku banyak melawan
dan derhaka
dengan suruhan Allah swt maka di alam kubur ini aku akan kena seksa.

Ya Allah

Ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami.
Selamatkanlah kami dari seksa dan fitnah kubur. AMIN.

Saya tahu masa akan sentiasa berkurangan.

Tidak akan bertambah.

Maknanya, apabila masa semakin berkurangan maka peluang untuk mendapat dan mengumpulkan pahala semakin berkurangan.

Ya Allah.

Berikanlah kepada saya, ibubapa saya,
dan seluruh keturunan saya kekuatan rohani dan kekuatan jasmani
untuk mengerjakan amal soleh seperti yang Engkau kehendaki.

Kurniakanlah kepada kami, hati yang takut kepada terlepasnya peluang
semasa masa masih ada.

AMIN


p/s; ini mungkin kubur mat rempit, kubur anda?
:)

Tuesday, October 12, 2010

Laughing

My, oh my.

Oh well.

That's all I'm going to say.

And all I can do, to stifle a chuckle.


simple but heaven







life should be simple, should be random and not sorted perfectly.
so that it would be intriguing and exciting.
nothing similar to routine.


there's nothing such as "fail to plan is planning to fail".
work, can be planned.

but life,

should be full of mystery and surprises.
do not get mixed up with theories and calculation.

and not to watch too much tv.
because tv corrupt minds and sometimes give you a ridiculous idea.

women, are more than long legs, pretty face, skinny thigh .
and men are more than six pack and 10 inches.

we don't need procedures or manual books.
we operate on impulse and senses.
as easy as sipping a cup of tea.


thank you
regards
chapet


p/s; aku kena banyak keluar explore, tak cukup bahan

Thursday, September 30, 2010

Hujan dan Bapa Anda


Sekarang musim hujan, bukan?
Dah berminggu hujan turun hampir setiap hari.
Pagi, tengahari, petang atau malam.
Maka lebih ramai lah penunggang motor yang tersangkut di bawah jambatan.
Berteduh untuk mengelak dari kebasahan.

Setiap hari aku memandu.
Jika aku memandu dalam hujan, maka mata aku tidak akan terlepas pada segerombolan
pengguna jalanraya yang terhenti perjalanan mereka dan berusaha keras untuk
memastikan pakaian dan badan mereka kering.

Mereka ini kental.

Aku juga pernah menjadi penunggang motorsikal dahulu
dan aku tahu serta faham perit dan payahnya menjadi penunggang motorsikal.
Terutamanya bila hujan turun.
Tidak ada perkara lain yang mampu di buat kecuali bersabar.
Hujan itu bukan kuasa manusia.

Badan serta pakaian yang basah lencun, sungguh merimaskan.
Berlengas dan sungguh tidak selesa.

Kau akan faham jika kau menunggang motorsikal,
basikal atau berjalan kaki di dalam waktu hujan.

Sebab itu simpati timbul.
Ini tidak termasuk pada motorsikal berkuasa besar yang dibeli atas sebab terlebih mampu.
Itu kes lain.
Ini golongan yang bermotorsikal kerana itu sajalah yang termampu untuk mengangkut seluruh keluarga.
Sudahlah mereka ini lebih terdedah pada celaka.

Jadi pemandu kenderaan berbumbung, janganlah bongkak,
berlagak atau riak di jalanraya.
Jika tersempak dengan penunggang motorsikal pastikan kau tidak menghempas
tayar kenderaan kau ke dalam lopak air.

Satu hari aku melihat seorang pakcik tua bermotorsikal yang basah lencun.
Kemudian datang satu kereta mewah BMW dengan membongkak laju,
menyimbah air lopak yang keruh kotor tepat kepada muka dan seluruh badannya.
Kurang ajar.

Kau patut lihat wajah pakcik tua selepas disimbah air lopak kotor itu.

Kemudian bayangkan itu bapak kau.

:)
senyumm la skett.