BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 26, 2011

ULTRAS MALAYA



Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai
Ultras Malaya,
perlukah mengisi borang?
perlukah bai'ah?

macam pertubuhan kongsi gelap pula UM ni dengan
pertanyaan-pertanyaan sedemkian.
Ultras Malaya terbuka kepada semua pencinta bola sepak tempatan

baik pasukan negeri mahupun pasukan kebangsaan.
Tetapi keutamaan kami adalah untuk memberikan sokongan kepada
pasukan kebangsaan MALAYSIA.


Tetapi criteria yang diperlukan untuk menjadi seorang yang
berjiwa ULTRAS ialah dengan:

1. PAKAIAN: Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan
MALAYSIA apabila ke stadium. Memakai jersey MALAYSIA,
kalau tiada jersey Malaysia bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam
(Hitam sinonim dengan pergerakkan ULTRAS),
kalau tiada kedua-dua di atas, bolehlah memakai jersey pasukan negeri masing-masing. DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA.
Ingat kita datang sebagai rakyat MALAYSIA bukan rakyat England ker?





2. MAFLA: Sila bawa MAFLA/SCARF. Mafla merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS.
Mafla penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan apabila kita di stadium kelak.




3. BENDERA: Bendera Malaysia juga salah satu elemen penting.





4. KASUT: Sila pakai kasut. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang berpakaian kemas dan cantik atau faktor keselamatan juga.
NO SELIPAR dan SANDALS.




5. BERDIRI: sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang
90 minit perlawanan.




6. MENYANYI: Kita perlu menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit
perlawanan berlansung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan.
ULTRAS menyanyiberpandukan Chants/Lagu yang diarahkan
dan diketuai oleh Capo ULTRAS.




7. PATUHI ARAHAN KETUA: Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada
arahan CAPO. CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk
memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan.
CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu



8. CURVA: Apabila berada di dalam stadium,
ULTRAS akan memilih untuk
duduk dikawasan berhampiran belakang sisi pintu gol,
dinamakan CURVA.
CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat
untuk menjalankan
aktiviti ULTRAS yang aggresif.
Curva jauh daripada penonton biasa, golongan keluarga dan kanak-kanak.




9. DILARANG MEMBALING OBJECT:
Sila menjadi penyokong yang berdisplin.
Jaga tingkah laku anda.
Jaga imej penyokong ULTRAS.
Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan,
longkang mahupun padang.
Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH
lagi tak BERTAMADUN. Mereka ini semua adalah
LALANG di stadium,sila jauhi sikap buruk ini.
Jikalau anda gagal mematuhi,
kami tidak sesekali teragak-agak untuk menangkap dan
menghantar anda kepada pihak bertanggungjawab.




10. EMOSI: Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain.



11. AMBIL TEMPAT: Bila duduk bersama kami sila ambil tempat
masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton,
bukannya bersidai di kaki lima.
Tempat itu khas untuk Capor Ultras
dan orang-orang kuat Ultras
untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakan.
Kalau nak menempel kat situ, silalah pergi ke pintu lain.
Bukit Jalil besar dan 100k capacity,
banyak lagi ruang untuk menyemakkan diri.
Tetapi bukan di situ, kami mahu pergerakan ini tersusun rapi dan cantik.


12. FLARE & SMOKE BOMB : Penyalaan suar atau pun bom asap hanya
perlu bila mendapat arahan dari ketua.
Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri.
Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab.
Kalau nak bakarsendiri pergi sertai kumpulan lain dan tempat lain.
Kami tidak mahu cara sokongan ini "well organized"
baru orang tidak akan pandang serong.
Sebab itu serahkan pada yang arif tentang bab ini.



13. Sila patuhi arahan semua diatas, barulah anda layak digelar seorang ULTRAS
dan layak untuk berjuang bersama-sama ULTRAS MALAYA.

Sekian~

sumber : Ultras Malaya

0 comments: