BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

Hujan dan Bapa Anda


Sekarang musim hujan, bukan?
Dah berminggu hujan turun hampir setiap hari.
Pagi, tengahari, petang atau malam.
Maka lebih ramai lah penunggang motor yang tersangkut di bawah jambatan.
Berteduh untuk mengelak dari kebasahan.

Setiap hari aku memandu.
Jika aku memandu dalam hujan, maka mata aku tidak akan terlepas pada segerombolan
pengguna jalanraya yang terhenti perjalanan mereka dan berusaha keras untuk
memastikan pakaian dan badan mereka kering.

Mereka ini kental.

Aku juga pernah menjadi penunggang motorsikal dahulu
dan aku tahu serta faham perit dan payahnya menjadi penunggang motorsikal.
Terutamanya bila hujan turun.
Tidak ada perkara lain yang mampu di buat kecuali bersabar.
Hujan itu bukan kuasa manusia.

Badan serta pakaian yang basah lencun, sungguh merimaskan.
Berlengas dan sungguh tidak selesa.

Kau akan faham jika kau menunggang motorsikal,
basikal atau berjalan kaki di dalam waktu hujan.

Sebab itu simpati timbul.
Ini tidak termasuk pada motorsikal berkuasa besar yang dibeli atas sebab terlebih mampu.
Itu kes lain.
Ini golongan yang bermotorsikal kerana itu sajalah yang termampu untuk mengangkut seluruh keluarga.
Sudahlah mereka ini lebih terdedah pada celaka.

Jadi pemandu kenderaan berbumbung, janganlah bongkak,
berlagak atau riak di jalanraya.
Jika tersempak dengan penunggang motorsikal pastikan kau tidak menghempas
tayar kenderaan kau ke dalam lopak air.

Satu hari aku melihat seorang pakcik tua bermotorsikal yang basah lencun.
Kemudian datang satu kereta mewah BMW dengan membongkak laju,
menyimbah air lopak yang keruh kotor tepat kepada muka dan seluruh badannya.
Kurang ajar.

Kau patut lihat wajah pakcik tua selepas disimbah air lopak kotor itu.

Kemudian bayangkan itu bapak kau.

:)
senyumm la skett.

0 comments: