BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 24, 2010

Ucapan dan kenangan


Teringat aku masa sekolah rendah dulu, bila pikir pikir balek rasa nak terguling guling gelak pun ada. Tu tak masuk lagi cerita anak anak load kat St Francis Institution dulu, haisy.

Pernah juga cikgu berucap guna hailer macam ketua demonstrasi. Cuma tak ada lilit kepala dengan trak FRU saja.

Tapi sekarang dah canggih. Dengan mikrofon satu kampong dengar. Nyanyi lagu pun ada iringan muzik. Entah-entah ada TV macam karaoke.

Benda ni jadi bape belas tahun dulu dah, tak berapa ingat lah. Tapi yang aku ingat hari Isnin, ada perhimpunan mingguan.Cikgu tgah berucap kat depan.

“Jumaat ni kita sambut Maulidur rasul. Hari kelahiran rasul besar junjungan kita; nabi Muhaaaa???” tanya cikgu itu tak habis soalan.

“Madddddd,” dengar pula suara budak-budak ramai menjawab.

“Ya. Muhammad S.A.W. Salah satu cara kita mengingati junjungan besar Muhammad S.A.W ialah dengan berselaaaa?” cikgu tu tanya macam tu lagi.

“Watttttt” jawaban pun sama juga. Sekerat.

“Siapa dekat sini tahu selawat?” cikgu tu tanya.

Semua diam.

Biasalah kalau zaman aku dulu semuanya mengecut dekat perhimpunan. Malu bila suruh ke depan. Luruh rasa muka.. Kadang-kadang benda memang tak tahu.

“Hah, Din Beramboi (bukan nama sebenar), mari sini. Cuba selawat sikit,” cikgu itu mempelawa.

Din Beramboi ni mungkin sudah agak besar dan nampak menyakinkan. Kalau tak, tak mungkin cikgu tu panggil untuk berselawat. Bukan macam zaman sekarang; Astro ada, Internet ada, Radio TV mewah, Aznil pun galak. Budak belum bercerai susu dah masuk TV terhiling-hiling.

“Hah, cuba selawat,” kata cikgu itu lagi. Terdengar bunyi mikrofon ‘kruk krak kruk krak’ diambil alih Din Beramboi agaknya.

“Lailahaillolloh, lailahaillolloh, lailahaillolloh..” kedengran Din Beramboi berselawat dengan kuat dan laju tak henti-henti.



Selamat menyambut Maulidur Rasul.

0 comments: