BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 25, 2009

semakin pergi




Tak sampai beberapa hari lagi bulan Disember nak habis. Bermula 1 Januari 2010, umur kita bertambah lagi kalau diikutkan kepada prinsip pengiraan umur orang Melayu (yang gemar menggenapkan semua perkara).

Tapi kalau diikutkan prinsip matematik dan undang-undang, usia kita cuma dikira genap bila tiba tepat tarikh lahir.

Kira kira balik, lagi berapa hari saja lagi nak masuk tahun 2010. Gila babi steady. Tambah lagi 10 tahun. Jadi tahun 2020. Tahun 2020 tu kereta semua dah boleh terbang. Rakyat semua pakai baju kilat kilat kaler perak. Banyak benda dah wayarles termasuk siram pokok bunga. Geran tanah pun dalam disket. Nasi dah tak payah makan. Cuma kena makan pil perasa nasi je. Kalau pil kaler kuning, nasi minyak. Kalau kaler kuning pekat sikit, pulut kuning. Kalau pil kaler coklat, nasi kari kepala ikan banjir. Begitulah seterusnya mengikut aturan warna dan saiz yang ditetapkan oleh lembaga padi. Hal yang sama turut berlaku kepada alam buku yang mana kedai buku semuanya digantikan dengan kedai pendrive.


Sebenarnya tempoh 10 tahun adalah satu tempoh yang agak singkat berdasarkan pengalaman aku. Jadi pandangan aku kerajaan mesti tengah giat dalam menjayakan misi wawasan 2020 secara intensif di Putrajaya. Sebagai contoh simpang 4 tengah bandar yang ada traffic light tu sampai sekarang tak turap padahal dah bengkak tak tentu hala permukaannya. Tadi aku lalu naik Proton terus barai tayar depan bunyi kruk kruk sampai rumah. Macam mana pun bila aku fikir fikir balik masa tengah ratah lauk telur bawah tudung saji, membazir juga kalau turap. Lagi 10 tahun kereta dah tak pakai jalanraya. Kereta dah pakai gas hidrogen!


Gila tak Gila!

1 comments:

Aini Glowry Up said...
This comment has been removed by the author.