BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 3, 2009

Pedulittaik aku?


Hidup dalam dunia Melayu, aku dapati, penuh cabaran. Sebenarnya, hidup dalam dunia. Period.

Antara yang paling getir ialah perasaan hasad dengki dan rasa tidak yakin pada diri sendiri. Ini kita dapat lihat dari segi luaran dan dalaman.

Dari segi luarannya, ramai orang yang kita jumpa akan mempunyai perasaan hasad dengki dan ketidak-yakinan pada diri sendiri. Mereka ialah orang yang selalu membanding-banding, "Kereta dia lagi besar dari aku ke? Gaji dia lagi banyak ke? Bini dia rambut lagi besar ke?"

Semua persoalan yang membakar jiwa mereka ini akan menyebabkan mereka menghakimi orang lain. Kemudian mereka akan cuba:

1. Menjatuhkan orang lain.
2. Memfitnah orang lain.
3. Mentertawakan orang lain.
4. Mengambil tahu hal orang lain.
5. Sentiasa bercakap mengenai orang lain.
6. Bertepuk-sorak atas nasib malang orang lain.

Mereka akan menunggu dengan tangan bersedia untuk bertepuk sekiranya orang lain dijahanamkan atau menjahanamkan diri sendiri.

Yang taksub juga akan cuba mensabotaj orang lain agar dirinya kelihatan lebih baik. Kerana mereka yakin yang diri mereka tidak boleh diperbaiki lagi, maka mereka cuba menjahanamkan orang lain.

Tak kira sama ada kau lebih baik atau lebih buruk dari mereka, inilah apa yang mereka akan lakukan.

Kau boleh jadi emo, kalau kau nak. Takde bezanya. Takde gunanya.

Relaks

Kalau dari segi dalaman pula, kau, sebagai manusia, tidak boleh tidak akan juga mempunyai potensi untuk mempunyai emosi yang sama. Hasad dengki. Rasa tidak yakin. Ya. Kau juga ada penyakit yang sama.

Kalau kau tak nak bertenang pun, cuba amati persona yang tak bertenang itu. Asingkan dari diri kau. Itu bukan diri kau yang sebenarnya. Itu ego.

Pergi mampus sama orang lain. Ko kecoh buat apa? Lantaklah si celaka-celaka itu semua. Kalau kau bazirkan masa dengan memberi perhatian kepada hasad dengki dan rasa tidak yakin si celaka-celaka itu, sampai bila pun kau takkan ber-evolusi.

Beruk-kera-beruk-kera ini sentiasa perlukan perhatian, seperti manusia perlukan udara. jadi, kalau kau tak bagi diorang perhatian, dan fokus kepada benda yang kau hendak, maka kewujudan mereka akan terhakis dan apa yang kau nak akan terpacul di depan mata dengan lebih cepat.

Fokus

Kalau kau fokus pada sesuatu benda, benda itu akan muncul.

Kalau kau nak BMW, kau fokus kat kereta tu. Rasa macam kau dah dapat. rasa macam dah bawak. lama-lama, bila kau fokus, otak kau yang tak-sedar akan mula memberi input macamana nak berada dalam keadaan yang kau impikan. Kau akan dapat idea. Kau akan perasan lebih benda.

Lupa la pulak pasal orang yang dengki dan tidak yakin pada diri sendiri.

Mmmm...

Pergi mampuslah diorang.

Aku nak jadi superhero. Aku nak jadi jutawan. Pedulittaik aku?

0 comments: